Friday 28 March 2014

Teks Bahasa Melayu: Kebun Pak Nordin

Pak Nordin  adalah seorang penternak binatang yang terkenal di Kampung Selesa. Beliau menternak lembu, kambing, ayam dan itik. Pak Nordin membina kandang untuk lembu dan kambingnya. Ayam pula diletakkan di dalam reban. Manakala, itik dibiarkan tinggal di dalam kolam. Pak Nordin menjaga binatang dengan penuh kasih sayang dan sentiasa mengambil berat tentang kebersihan dan kesihatan binatang. Beliau akan memberi makanan kepada binatang pada waktu yang tepat. Pada hujung bulan, Pak Nordin akan memastikan doktor haiwan datang ke tempat ternakan dan memeriksa kesihatan binatangnya. Usaha Pak Nordin tidak sia-sia kerana jumlah ternakannya  semakin hari semakin bertambah.

No comments:

Post a Comment