Wednesday 5 February 2014

BMM3103

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Pentaksiran merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya melakukan penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan. Maklumat tersebut melibatkan hal-hal berkaitan topik atau tajuk pembelajaran, bukti dan prestasi. Penghakiman yang dinyatakan adalah melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Berikutan itu, aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah intrumen, kumpulan yang ditaksir, respons, kumpulan yang menaksir dan skor.
Oleh itu, proses mendapatkan maklumat dan melakukan penghakiman tentang pendidikan  memerlukan para pendidik melakukan pengukuran. Pengukuran yang dilakukan memerlukan para pendidik dan guru menggunakan kaedah-kaedah pentaksiran tertentu. Antara kaedah yang sesuai digunakan ketika melakukan pentaksiran adalah kaedah portfolio, kaedah pertimbangan professional, kaedah pemerhatian, kaedah penulisan, dan kaedah lisan.
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Hal ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Milagros (1981) yang menyatakan bahawa ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. Tuntasnya, pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.
Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindak balas atau respons. Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Hal ini demikian kerana, pengujian menjelaskan tahap pencapaian atau prestasi seseorang pelajar. Sehubungan itu, terdapat empat tujuan utama pengujian, iaitu mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai, mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain, ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada murid sebelum pengajaran, dan ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yand berguna  dalam menentukan sesuatu prestasi. Pernyataan tersebut dikukuhkan lagi dengan pendapat Gay (1985), yang menyatakan bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai atau sebaliknya. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) , penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Rujuk

1 comment:

  1. What is a Casino Site? | Lucky Club
    A modern casino is luckyclub an attractive and entertaining place for both fun and enjoyment. It is open 24/7 and has a large number of payment methods. The

    ReplyDelete