Pak Nordin adalah seorang penternak binatang yang
terkenal di Kampung Selesa. Beliau menternak lembu, kambing, ayam dan itik. Pak
Nordin membina kandang untuk lembu dan kambingnya. Ayam pula diletakkan di
dalam reban. Manakala, itik dibiarkan tinggal di dalam kolam. Pak Nordin
menjaga binatang dengan penuh kasih sayang dan sentiasa mengambil berat tentang
kebersihan dan kesihatan binatang. Beliau akan memberi makanan kepada binatang
pada waktu yang tepat. Pada hujung bulan, Pak Nordin akan memastikan doktor
haiwan datang ke tempat ternakan dan memeriksa kesihatan binatangnya. Usaha Pak
Nordin tidak sia-sia kerana jumlah ternakannya
semakin hari semakin bertambah.